SANDAKAN (6 Jun): Sebanyak 13 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Cenderamata Limbungan, Jalan Batu Sapi, di sini, petang tadi.
Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada jam 6.05 petang.
Katanya, seramai 30 anggota termasuk pegawai bersama tiga jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan digerakkan ke lokasi kejadian.
“Setiba d lokasi beberapa rumah musnah terbakar dan operasi pemadaman terus dijalankan bagi mengelak api merebak. Api kemudian berjaya dikawal jam 7.17 malam,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, operasi memadam bara-bara api masih dijalankan.
“Dilaporkan kebakaran membabitkan 13 rumah terbakar 100 peratus. Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya.
Katanya lagi, punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan pasukan bomba.
#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah
Sumber: Info X