SEMARAK JASA, SANTUNAN BUDI; PETUGAS KESELAMATAN SEMPADAN DIHARGAI

450 petugas keselamatan sempadan yang terdiri daripada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA), PDRM telah disantuni dalam satu program Semarak Jasa Santunan Budi anjuran Majlis Keselamatan Negara (MKN), Negeri Kedah.

Bersesuaian dengan tajuk program tersebut, Majlis Keselamatan Negara, Negeri Kedah telah berpeluang untuk menzahirkan penghargaan kepada anggota keselamatan yang bertugas, menjaga kedaulatan negara amnya, dan di negeri Kedah, khususnya.

Bermula di Kem Gubir, Pengarah Keselamatan Negeri Kedah, Puan Zuraini Mohd Yusof telah menerima taklimat daripada Lt. Kol. Muhammad Bashiruddin Jamaludin, Pegawai Memerintah, Batalion ke Enam Rejimen Askar Melayu DiRaja berkaitan pengoperasian serta isu dan cabaran yang dihadapi oleh petugas barisan hadapan di sempadan.

Seusai di Kem Gubir, delegasi MKN Kedah dibawa melawat ke Kem Sahara, seterusnya ke Op Pagar II, Martak PGA, Pos M7 dan berakhir di Pos M16. Sepanjang lawatan tersebut, Puan Zuraini telah menyampaikan sumbangan berupa pek makanan kepada petugas-petugas di setiap pos.

Program ini turut mendapat perhatian daripada Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik (BKS MKN, JPM), Encik Badrul Shah Mohd Idris yang turut hadir dan mengambil peluang untuk menyantuni petugas-petugas keselamatan sempadan darat negara.

Hadir sama dalam program ini ialah Ketua Penolong Pengarah MKN Kedah, Encik Bakhtiar Effendy Khalid, Penolong Pengarah (Polis) MKN Kedah, DSP Abdul Samad Othman, dan Penolong Pengarah (Tentera), Mejar Saiful Mahathir Bongsu.

Artikel/Berita Terkini

JURUTERBANG RUGI HAMPIR RM200,000 TERPEDAYA PAKEJ HAJI PALSU

Seorang juruterbang wanita di sebuah syarikat penerbangan mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran pakej haji yang tidak wujud …
Maklumat Lanjut

STPM 2024: NEGERI SEMBILAN LEPASI PNGK KEBANGSAAN BUAT PERTAMA KALI

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan iaitu 2.85 bagi peperiksaan …
Maklumat Lanjut

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut