BOT KARGO BAWA BARANG KAWALAN TANPA PERMIT DITAHAN

RAMPAS: Juragan dan barang kawalan berkenaan dibawa Jeti Zon Maritim Tawau untuk siasatan lanjut.

TAWAU: Sebuah bot kargo ditahan selepas didapati cuba membawa barang kawalan tanpa permit di kedudukan 0.6 batu nautika Selatan Pelabuhan Tawau, di sini, semalam.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tawau mengesan pergerakan bot berkenaan dalam keadaan mencurigakan, kira-kira jam 3.40 petang di lokasi kejadian.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, pihaknya menerima maklumat risikan mengenai aktiviti membawa barang kawalan di perairan daerah ini.

Katanya, bot peronda Maritim Malaysia yang menjalankan Op Pluto Timur dan Op Tiris berjaya memintas sebuah bot kargo yang bergerak dari Jeti CIQ Tawau menuju ke Pulau Sebatik.

“Pemeriksaan awal mendapati terdapat seorang lelaki warga tempatan berusia 32 tahun yang bertindak sebagai juragan bot berkenaan.

“Pasukan operasi menemukan 500 kilogram (kg) beras tempatan, 500kg beras siam, 48kg gula pasir paket dan 120 liter minyak petrol,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut, juragan terbabit gagal mengemukakan sebarang permit berkaitan muatan yang dibawa.

“Bot kargo bersama juragan terbabit ditahan dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Tawau untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia.

“Nilai rampasan termasuk bot dianggarkan berjumlah RM55,000, manakala kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967, Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Kawalan Padi dan Beras-Akta 522,” katanya.

Shahrizan berkata, pihaknya komited dan terus menjalankan siasatan berkaitan cubaan menyeludup barang kawalan ke negara jiran.

Katanya, pelaksanaan penguatkuasaan secara konsisten ini juga dijadikan medium kesedaran dan pendidikan kepada komuniti maritim agar lebih peka dengan kesalahan yang dilakukan.

“Maritim Malaysia akan terus memperkasakan tugas penguatkuasaan dan mengoptimumkan pengoperasian bagi membanteras aktiviti yang menyalahi undang-undang di Zon Maritim Malaysia khususnya di perairan Timur Sabah (ESSZONE).

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat salah laku jenayah di sekitar perairan Tawau boleh menghubungi talian Pusat Operasi Zon Maritim Tawau 089-752116 dan talian MERS 999,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Utusa Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗕𝗜𝗠𝗕𝗜𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗬𝗔

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Jabatan Pengangkutan …
Maklumat Lanjut

𝗢𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗞𝗛𝗔𝗦 𝗞𝗘𝗡𝗗𝗘𝗥𝗔𝗔𝗡

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Unit Operasi …
Maklumat Lanjut

𝐊𝐀𝐑𝐍𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐈𝐍𝐎𝐕𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐑𝐎𝐌𝐎𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐆𝐈𝐆𝐈𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Sempena Minggu …
Maklumat Lanjut