WARGA EMAS RUGI RM130,000 DITIPU “PHONE SCAM’

BATU PAHAT: Peniaga warga emas berputih mata apabila kerugian RM130,000 selepas menjadi mangsa penipuan “phone scam” oleh lelaki menyamar kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan pegawai polis.

Mangsa, lelaki berusia 61 tahun menerima panggilan daripada suspek mendakwa kakitangan TNB Kuantan, Pahang pada Jumaat lalu kononnya dia terbabit dalam kegiatan curi elektrik.

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, berkata mangsa menafikan perkara itu kerana dia tidak mempunyai rumah di sana.

Beliau berkata, bagaimanapun panggilan itu disambung kepada individu yang menyamar sebagai pegawai dari Ibu Pejabat Polis Kontiinjen (IPK) Pahang.

“‘Pegawai’ itu memberitahu mangsa turut terbabit dalam aktiviti penggubahan wang haram berdasarkan maklumat yang ada.

“Selepas itu, suspek meminta mangsa menyerahkan maklumat perbankan bagi tujuan siasatan,” katanya menerusi kenyataan.

Shahrulanuar berkata, pada 26 Mei lalu, mangsa membuat semakan dengan bank dan mendapati berlaku pemindahan wang berjumlah RM130,000 secara berperingkat ke dalam tiga akaun berbeza.

Justeru, katanya mangsa membuat laporan bagi membolehkan polis menjalankan siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Orang ramai diminta berhati-hati jika menerima panggilan daripada individu tidak dikenali kerana kemungkinan akan menjadi mangsa,” katanya.

SUMBER: BERITA HARIAN

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut