PAHANG BERJAYA NOKTAHKAN MISKIN TEGAR

KUANTAN: Kerajaan Pahang berjaya menoktahkan miskin tegar di negeri itu membabitkan 1,946 Ketua Isi Rumah (KIR) sebelum ini.

Menteri Besar, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail, berkata beliau dimaklumkan perkara itu oleh Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Zulkifli Yaacob dan Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) Pahang, Datuk Fadzilla Salleh, pada Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) hari ini

“Bermula semalam, Pahang berjaya menoktahkan miskin tegar di negeri ini membabitkan 1,946 Ketua Isi Rumah (KIR) sebelum ini. Miskin tegar ialah pendapatan RM1,204 sebulan dan mereka (golongan miskin tegar) berjaya melonjakkan pendapatan lebih tinggi dan terkeluar kategori miskin tegar.

“Kita tahu kemiskinan sangat subjektif dan hari ini mungkin kita noktahkan tetapi tidak mustahil akan ada miskin tegar ini pada masa depan.

“Tetapi kerajaan negeri akan memantau dan berusaha membantu untuk memastikan miskin tegar dinoktahkan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Pelajar Cemerlang Orang Asli dan Sekolah Menengah Agama (SMA) Pahang SPM 2023 di Dewan SUK, Wisma Sri Pahang, di sini.

Seramai 99 pelajar Orang Asli dan SMA Pahang menerima antara RM500 dan RM1,100 seorang membabitkan pelajar yang mendapat 5A hingga 11 A iaitu setiap 1A menerima RM100.

Mengulas lanjut pencapaian itu, Wan Rosdy berkata, kejayaan itu hasil daripada usaha berterusan yang dilaksanakan kerajaan negeri untuk kesejahteraan rakyat Pahang.

SUMBER: BERITA HARIAN

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut