SPM 2023: BANDUAN PEROLEH KEPUTUSAN CEMERLANG 8A

Walaupun berada di sebalik tirai besi, dua banduan dari Sekolah Integrasi Marang membuktikan tiada halangan untuk berjaya. Keputusan cemerlang 8A dalam Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2023 telah diterima oleh Aiman, 20 tahun, bukan nama sebenar, walaupun dia gagal menahan sebak ketika menerimanya. Dia ketika ini sedang menjalani hukuman penjara selama 1 tahun 7 bulan dan tidak menyangka mendapat keputusan seperti itu walaupun berdepan kesukaran sepanjang menjalani hukuman di dalam tirai besi.

Menurut Aiman, walaupun serba serbi kekurangan belajar di dalam penjara, tekad untuk mengubah nasib membuatkan dia berusaha gigih sehingga mendapat keputusan cemerlang. “Kalau berbanding pelajar lain di luar sana, saya di sini tiada telefon tiada rujukan untuk mengulangkaji,” katanya. Beliau menambah, sangat sukar, tetapi apa yang boleh dilakukan ialah berusaha bangun setiap malam, bertahajjud, solat hajat, serta berdoa dan fokus ketika belajar. Selebihnya, dia berserah kepada Allah.

Seorang lagi rakannya, Asraf, 20 tahun, juga bukan nama sebenar yang sedang menjalani hukuman penjara 7 tahun, memperoleh keputusan 4A. Dalam nada sebak, katanya keputusan yang diperolehi itu adalah hadiah buat kedua ibu bapanya. Walaupun tidak memperolehi keputusan cemerlang seperti rakannya, dia tetap berbangga dan bersyukur. “Sebagai seorang kawan saya bangga dengan kawan saya (Aiman) tu tapi saya tak pernah rasa cemburu, walaupun berbeza 8 dengan 4 tapi saya rasa itu dah cukup hadiah pada saya itu antara pemberian untuk keluarga pada ibu saya”, katanya.

Sementara itu, Pengarah Penjara Marang, Mohamad Jusoh Ismail berkata keputusan peperiksaan kedua-dua banduan itu membuktikan tiada halangan untuk seseorang berjaya walaupun di mana mereka berada asalkan berusaha dan fokus dengan matlamat. “Kita bangga dengan pelajar kita di sini belajar penuh dengan kekangan masa terhad kemudahan terhad mereka boleh juga capai kejayaan walau bagaimanapun kejayaan tersebut kalau tak ada dorongan daripada cikgu mereka sendiri tak minat sukar nak capai keputusan seperti ini,” katanya.

Aiman dan Asraf merupakan calon peperiksaan SPM dari Sekolah Integrasi Marang yang menduduki peperiksaan tahun lepas. Kejayaan mereka menjadi bukti bahawa tekad dan usaha yang gigih boleh membawa kejayaan walaupun dalam keadaan serba kekurangan. Usaha yang dilakukan oleh para guru dan pihak penjara dalam memberi dorongan dan motivasi kepada pelajar-pelajar ini juga memainkan peranan penting dalam kejayaan mereka.

Kisah kejayaan Aiman dan Asraf menjadi inspirasi kepada ramai, menunjukkan bahawa keadaan fizikal tidak seharusnya menjadi penghalang kepada kejayaan seseorang. Dengan semangat yang kuat, doa, dan usaha yang tidak pernah putus, kejayaan pasti akan dapat dicapai.

sumber: Buletin TV3

Artikel/Berita Terkini

GANGGUAN IT: LIMA AGENSI KERAJAAN, SEMBILAN SYARIKAT SWASTA TERJEJAS

Kementerian Digital memaklumkan sebanyak lima agensi kerajaan dan sembilan syarikat swasta terjejas akibat gangguan sistem teknologi maklumat (IT) pada 19 …
Maklumat Lanjut

PENGENDALI WHATSAPP DAN TELEGRAM PERLU BERTANGGUNGJAWAB TANGANI JENAYAH DALAM TALIAN

PENGENDALI WHATSAPP DAN TELEGRAM PERLU BERTANGGUNGJAWAB TANGANI JENAYAH DALAM TALIAN Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil berkata, isu-isu melibatkan dua platform …
Maklumat Lanjut

MANFAAT PEKA B40

Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 atau PeKa B40 adalah inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia yang bertujuan untuk untuk …
Maklumat Lanjut