DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
Program Promosi Pertanian Bandar Semulajadi telah diadakan pada 26 Mei 2024 (Ahad) bertempat di Dewan Komuniti Bayu Mutiara (Dewan MPKK Bukit Tengah) SPT.
Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi khidmat nasihat, perunding teknikal dan latihan pertanian yang sesuai di kawasan bandar serta mengaplikasikan, mengesyor dan mempromosikan kaedah pertanian di kawasan bandar. Bengkel pertanian bandar ini diadakan di dewan komuniti dan aktiviti pertanian secara praktikal juga diadakan di perkarangan luar dewan. Program ini juga mendapat kerjasama daripada MPKK Bukit Tengah, Women Engineers Penang dan pihak Universiti Putra Malaysia (UPM).
Sumber : Majlis Bandaraya Seberang PeraiΒ https://www.facebook.com/mbsp.pg