TIGA JAMBATAN DI JELEBU MUSNAH AKIBAT BANJIR SIAP DIBINA – EXCO KANAN

Tiga jambatan masing-masing di Kampung Chalin, Kampung Sungai Limau dan Kampung Lubuk Ganchung di sini yang musnah akibat banjir pada 18 Disember 2021, telah siap dibina pada Februari dan Mac lalu. Menurut Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, jambatan berstatus pertanian sepanjang 36 meter itu mula dibina pada Mei tahun lalu membabitkan kos berjumlah RM1.5 juta menerusi peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW). Biarpun pembinaannya lewat atas pelbagai faktor, penantian kira-kira 300 penduduk di ketiga-tiga kampung berkenaan bagi mendapatkan jambatan baharu sudah pun berakhir. Ia sekali gus memberi kelegaan kepada penduduk susulan bukan sahaja menjadi laluan penduduk kampung ke jalan utama tetapi juga ke kebun-kebun pertanian berhampiran.

Dalam pada itu, jambatan di Kampung Bemban yang juga musnah dalam banjir besar itu akan mula dibina tidak lama lagi. Ketika ini kerajaan dalam proses memilih kontraktor bagi membina jambatan kekal merentasi Sungai Triang membabitkan kos dianggarkan lebih RM10 juta. Buat masa ini penduduk dari kampung berkenaan menggunakan jambatan bailey yang dibina oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada Januari 2022 bagi menghubungkan penduduk untuk ke Kampung Jerang dan Simpang Durian.

Sementara itu, Jambatan di Felda Titi yang turut musnah akibat bah besar itu akan dibina semula membabitkan kos RM12 juta. Ketika ini kajian sedang dijalankan bagaimana untuk mengatasi masalah tebing runtuh yang masih berlaku kerana ia perlu diatasi sebelum kerja pembinaan jambatan dimulakan. Pembinaan ketiga-tiga jambatan itu turut mencatat sejarah berikutan menjadi projek jambatan pertama yang dilaksanakan oleh Unit Teknikal KKDW Negeri Sembilan.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut