EKSTREMIS AGAMA, AJARAN SESAT DAN KES MENCURIGAKAN DALAM PEMANTAUAN POLIS – POLIS JOHOR

JOHOR BAHRU: Kegiatan ekstremis agama, kumpulan ajaran sesat dan meragukan di negeri ini, sentiasa dalam radar pemantauan Cawangan Khas Johor.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, namun ciri mereka yang terbabit secara langsung dengan kegiatan itu tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Justeru , beliau meminta kerjasama masyarakat khususnya jiran tetangga memberi maklumat dan melaporkan jika ada kegiatan atau aktiviti mencurigakan.

“Kita tidak dapat menilai ideologi seseorang itu menerusi pandangan mata kasar. Justeru, maklumat awal daripada keluarga terdekat dan jiran tetangga ini adalah sangat penting dalam membuat pencegahan awal, termasuk perubahan sikap, tingkah laku dan aktiviti harian.

“Cawangan Khas Johor akan sentiasa komited dalam memastikan kegiatan ektremis agama, kumpulan sesat dan meragukan ini menjadi keutamaan, dalam menjamin kesejahteraan dan ketenteraman awam dalam negara khususnya, Johor”katanya dalam ucapan pada Majlis Perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Kumar memaklumkan sebanyak 8,652 individu ditangkap atas pelbagai kesalahan dadah dalam tempoh empat bulan bermula Januari hingga bulan lalu.

Katanya, tangkapan itu adalah adalah yang ketiga tertinggi diantara kontinjen dengan rampasan sebanyak 1.72 tan dadah bernilai RM13.37 juta.

“Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor menunjukkan pencapaian yang komprehensif dalam membendung aktiviti penagihan, penyalahgunaan dan pengedaran dadah.

“Dalam tempoh itu, polis berjaya menumpaskan lapan sindiket pengedaran dadah tempatan dengan skala tangkapan dan rampasan besar.

“Seramai 68 individu juga berjaya ditahan dalam tempoh itu bagi tangkapan dibawah Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) Akta Dadah Berbahaya 1985,”katanya.

SUMBER: BERITA HARIAN

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut