๐— ๐—”๐—ž๐— ๐—”๐—Ÿ ๐— ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—ฆ๐—˜๐—ฆ ๐——๐—”๐——๐—”๐—› ๐——๐—œ๐—•๐—ข๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ฅ

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Sidang Media oleh YDH CP Datoโ€™ Khaw Kok Chin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang berkaitan kejayaan JSJN, Bukit Aman membongkar sebuah makmal haram memproses dadah heroin dan stor penyimpanan dadah di sekitar kawasan Pulau Pinang pada 24 Mei yang lalu.

pihak polis telah berjaya menangkap (1) lelaki tempatan berumur 38 tahun serta merampas dadah jenis Heroin seberat 13.84 kilogram, Heroin base seberat 34.14 kilogram, Syabu seberat 46.19 kilogram dan serbuk Kafien seberat 118.02 kilogram. Nilai rampasan keseluruhan dadah ini dianggarkan berjumlah RM4.6 juta.
Turut dirampas oleh pihak polis semasa serbuan ini adalah (6) pucuk pistol pelbagai jenama bersama kelopak, (100) butir peluru danย botol kaca yang mengandungi cecair disyaki bahan kimia.Pihak polis juga bertindak menyita pelbagai aset kepunyaan sindiket dadah tersebut termasuk (4) buah kereta pelbagai jenama dan (2) buah motosikal kesemuanya dianggarkan bernilai RM424,000. Kes disiasat di bawah seksyen 39B ADB 1952 dan saspek telah direman selama (7) hari bagi membantu siasatan.
Sumber : PDRM Pulau Pinangย https://www.facebook.com/PolisPulauPinang

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA โ€“ AB RAUF

Ayer Keroh โ€“ Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

๐€๐๐€ ๐ˆ๐“๐” ๐Š๐€๐ƒ ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ?

ย ๐€๐๐€ ๐ˆ๐“๐” ๐Š๐€๐ƒ ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

๐‡๐ž๐›๐š๐ก๐š๐ง : ๐’๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐ˆ๐›๐ฎ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut