AIR SUNGAI SIMIN BERTUKAR SEAKAN-AKAN SUSU, KELUARKAN BAU MEMENINGKAN

Penduduk D’Latania Taman Bandar Senawang, di sini, bimbang berikutan air Sungai Simin berhampiran kawasan perumahan mereka dipercayai tercemar selepas tiba-tiba bertukar warna seakan-akan susu. Selain berubah warna, ia turut mengeluarkan yang memeningkan seolah-olah dicemari bahan toksik atau berkimia.

Menurut penduduk, Mohd Khir Johari, 43, berkata biasanya air sungai di belakang rumahnya jernih namun berubah menjadi warna putih seperti susu. Kira-kira jam 10 pagi Β penduduk memaklumkan air sungai itu berwarna putih sebelum dia melihatnya sendiri dan merakam foto dan video.Dia kemudiannya menghubungi talian hotline Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan melaporkan kejadian itu sebelum beberapa pegawai agensi terbabit turun ke lokasi. Sepanjang tinggal di sini sejak dua tahun lalu, ini kali pertama mereka melihat air sungai belakang rumah bertukar warna dan mengeluarkan bau. Mereka juga bimbang ia disebabkan pencemaran atau bahan kritikal, jadi berharap pihak berkuasa dapat menyiasat punca dan jenis bahan yang mencemari air ini.

Menurut Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) perumahan itu, Zanifol Nizam Ahmad, ada penduduk terpaksa menyewa hotel kerana tidak tahan dengan bau dari sungai itu. Beliau berharap pihak berkuasa dapat ambil tindakan tegas kerana kejadian sama berulang lagi. Sebelum ini keadaan agak kritikal sehingga menyebabkan ada kanak-kanak sesak nafas, malah ada terpaksa berpindah keluar buat sementara waktu.

Menurut Pengarah JAS negeri, Hamzah Mohamad, pihaknya sudah mula menjalankan siasatan berhubung insiden itu sejurus mendapat aduan daripada penduduk. Pihaknya juga sudah mengambil sampel air dan tindakan selanjutnya akan dijalankan untuk menyiasat punca pencemaran dan jenis bahan terkandung di dalam air berkenaan.

Sumber:Β Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

PENDUDUK BANTAH ‘PROJEK HARAM’ PUSAT PERLINDUNGAN ANJING LIAR

Sebuah pusat perlindungan anjing liar didakwa dibina secara haram oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di tanah rizab kerajaan di …
Maklumat Lanjut

PENIAGA RUGI RM677,000 DIPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD

Seorang peniaga makanan sejuk beku di Nilai mengalami kerugian lebih RM677,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan perniagaan atas talian dipercayai …
Maklumat Lanjut

PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT (CBSM) BERSAMA IPD JELEBU

3 Julai 2025: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bersama Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah …
Maklumat Lanjut