TAWAU (18 Mei): YM Raja Dato’ Nushirwan bin Zainal Abidin, Ketua Pengarah Keselamatan Negara (KPKN) telah mengadakan tinjauan lapangan dan pemantauan status pelaksanaan projek ICQS Serudong, Kalabakan, Tawau.
Tinjauan lapangan ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Makhzan bin Mahyuddin, Setiausaha Persekutuan Sabah, YBhg. Datuk Noor Alam Khan bin A Wahid Khan, Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sabah, YBhg. Datuk Sh. Sitti Saleha binti Habib Yussof, Pengarah Imigresen Negeri Sabah, Puan L. Surayani binti Raona, Ketua Imigresen Tawau, Puan Aester Arlina Chia, Ketua Bahagian Kewangan dan Pembangunan serta Pegawai Daerah Kalabakan selaku pelaksana bagi projek ini.
Lawatan ini bertujuan untuk meninjau keadaan jalan perhubungan ke kawasan tapak ICQS Serudong dan mendapatkan status terkini, input serta syor kerja tambahan bagi memastikan pelaksanaan projek ICQS Serudong dibuat mengikut garis masa yang ditetapkan.
#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah