KEMUDAHAN PENTING DEMI KELANCARAN PERKHIDMATAN : CUEPACS

Dr Adnan berkata, balai bomba dan penyelamat diperlukan bagi memastikan kelancaran proses penyampaian perkhidmatan terbaik kepada masyarakat. – FOTO Bernama.

 

KOTA MARUDU (23 Mei): Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu pembinaan pejabat atau balai bomba di negeri ini disiapkan mengikut jadual.

Presidennya Datuk Dr Adnan Mat berkata, balai bomba dan penyelamat diperlukan bagi memastikan kelancaran proses penyampaian perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

“Jika terdapat jabatan atau pejabat atau balai bomba yang tidak mengikut jadual pembinaan, kami mohon kepada majikan kami, yakni kerajaan agar mempercepat proses pembinaannya agar sistem penyampaian bomba tidak tergendala.

“Fungsi bomba juga semakin berkembang, selain daripada skop tugas dan kepakaran jabatan itu yang semakin bertambah.

“Oleh itu pentingnya wujudkan nilai tambah sama ada dalam bentuk kemudahan elaun dan sebagainya, walaupun sebahagiannya telah diumum kerajaan,” katanya kepada Harian Ekspres ketika ditanya mengenai balai bomba Pitas yang sebelum ini dianggap mengalami kelewatan untuk disiapkan.

Terdahulu, Adnan melakukan lawatan kerja di Balai Bomba dan Penyelamat Kota Marudu, di sini. Katanya, Cuepacs dalam siri lawatan ke semua jabatan kerajaan di negeri ini.

Khamis lalu, beliau melawat tiga sekolah dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selain bertemu Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Pada Jumaat, beliau dan rombongan meneruskan lawatan ke Kota Marudu seterusnya melawat Balai Bomba dan Penyelamat serta Hospital. Adnan turut mengingatkan kakitangan awam supaya terus memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan negara.

Jelas beliau, jaminan Cuepacs kepada kerajaan adalah kenaikan gaji untuk penjawat awam akan membawa kepada peningkatan produktiviti dan integriti mereka, manakala jaminan kepada rakyat adalah mereka akan memberi perkhidmatan yang terbaik.

Turut hadir pada majlis ialah Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sabah, Farhan Sufyan Borhan.

Bagi pihak jabatan itu Farhan berkata beliau komited memastikan warga JBPM Sabah akan menunjukkan prestasi atau produktiviti selari dengan kenaikan gaji.

Bagaimanapun, beliau turut berharap kerajaan melalui Cuepacs akan sentiasa menitikberatkan soal kebajikan, perjawatan dan juga keperluan balai balai bomba di negeri ini.

Katanya, selain daripada 25 balai bomba sedia ada, dan empat dalam pembinaan, masih tidak memadai jika dibandingkan dengan keluasan kawasan meliputi 27 daerah dan 11 daerah kecil di Sabah.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Harian Ekspres Sabah

Artikel/Berita Terkini

PENDUDUK BANTAH ‘PROJEK HARAM’ PUSAT PERLINDUNGAN ANJING LIAR

Sebuah pusat perlindungan anjing liar didakwa dibina secara haram oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di tanah rizab kerajaan di …
Maklumat Lanjut

PENIAGA RUGI RM677,000 DIPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD

Seorang peniaga makanan sejuk beku di Nilai mengalami kerugian lebih RM677,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan perniagaan atas talian dipercayai …
Maklumat Lanjut

PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT (CBSM) BERSAMA IPD JELEBU

3 Julai 2025: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bersama Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah …
Maklumat Lanjut