SITUASI SEMASA KES DEMAM DENGGI NEGERI TERENGGANU SEHINGGA MINGGU 20/2024

Berdasarkan perkongsian daripada Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) berkenaan situasi semasa kes demam denggi sehingga ME 20, Tahun 2024, sebanyak 117 kes dilaporkan berlaku berbanding hanya sebanyak 100 bagi tempoh yang sama tahun 2023 dimana menunjukkan peningkatan sebanyak 17.0 %

Berikut merupakan antara gejala demam denggi:

  1. Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke 3 hingga ke 14 selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di antara 4 hingga 7 hari.
  2. Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk/kuat, sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot dan sendi-sendi
  3. Ruam merah di kulit juga boleh terjadi dan ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas bermulanya demam
  4. Muntah dan kurang selera makan

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berjaga-jaga dan segera mendapatkan rawatan sekiranya mengalami gejala-gejala demam denggi.

 

Sumber: JKNT

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut