DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang telah membuat penguatkuasaan Khas Ops Ulat dan E- Hailing, iaitu melanggan penumpang dan menawarkan perkhidmatan kereta sewa tanpa lesen atau secara haram, di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Sebanyak 1 buah kenderaan e-hailing telah dikesan mengambil penumpang di LTAB Bayan Lepas beroperasi dengan Lesen Kenderaan Motor ( LKM ) tamat tempoh dan tiada perlindungan lnsuran. Kesalahan lain dikesan iaitu meletak kenderaan ditempat tidak dibenarkan di balai ketibaan. Kenderaan tersebut juga di sita oleh JPJ. Tindakan juga diambil terhadap kenderaan awam yang diletak ditempat tidak dibenarkan disekitar laluan masuk dan keluar balai ketibaan dan berlepas LTAB Bayan Lepas.
Sumber : JPJ Negeri Pulau Pinang https://www.facebook.com/JPJPulauPinang