TIGA LELAKI DITAHAN KETIKA SELUDUP 8 TERNAKAN KE NEGARA JIRAN

KUDAT (16 Mei): Tiga lelaki ditahan ketika cuba menyeludup lapan ekor hasil ternakan untuk dipasarkan di negara jiran dalam kejadian di Tanjung Pulun Batu, Balambangan, Kudat, semalam.

Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kudat Komander Maurice Grenville berkata, kejadian berlaku pada jam 12.27 tengah malam, ketiga-tiga suspek berusia ditahan selepas bot terbabit disyaki cuba menyeludup empat ekor lembu dan empat kambing.

Katanya, kesemua rampasan tersebut dianggarkan bernilai lebih RM35,000 kini diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

“Ketika kejadian, pihaknya sedang melaksanakan rondaan rutin sebelum berjaya mengesan sebuah bot dinaiki suspek berada dalam keadaan mencurigakan. Selepas pemeriksaan dijalankan mendapati, tiga individu berada di bot berkenaan adalah seorang warga tempatan manakala dua orang merupakan warga Filipina berumur antara 46 hingga 54 tahun,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Maurice berkata, pemeriksaan selanjutnya mendapatii seorang daripadanya tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah manakala seorang lagi memiliki dokumen pengenalan diri yang meragukan.

“Pemeriksaan lanjut juga telah menemui empat ekor kambing dan juga empat ekor lembu hidup di dalam bot berkenaan yang dibawa tanpa permit sah daripada pihak berkuasa dipercayai dibawa untuk tujuan pasaran,” jelas Maurice.

Menurutnya, kes ini disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Imigresen 1959/63, Enakmen Haiwan 2015 dan Enakmen Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002 kerana tidak memiliki Lesen Bot.

#MalaysiaMadani

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

#MKNSabah

 

Sumber: Sabah News Today

Artikel/Berita Terkini

JURUTERBANG RUGI HAMPIR RM200,000 TERPEDAYA PAKEJ HAJI PALSU

Seorang juruterbang wanita di sebuah syarikat penerbangan mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran pakej haji yang tidak wujud …
Maklumat Lanjut

STPM 2024: NEGERI SEMBILAN LEPASI PNGK KEBANGSAAN BUAT PERTAMA KALI

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan iaitu 2.85 bagi peperiksaan …
Maklumat Lanjut

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut