PROGRAM ADVOKASI KESELAMATAN UTUK PENGGUNA JALAN RAYA

Program Advokasi dilakukan oleh Unit Keselamatan Jalan Raya dan Korporat (UKJRK) JPJ Negeri Sembilan & anggota daripada JPJ Cawangan Kuala Pilah pada 13 Mei 2024 bertempat di sekitar Pekan Kuala Pilah.

Advokasi ini dijalankan adalah bagi memastikan supaya keselamatan pengguna jalan raya sentiasa diberi keutamaan khusus, disamping berusaha mengurangkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya.

Antara perkara yang diberikan penekanan adalah berkaitan aksesori keselamatan wajib seperti penggunaan topi keledar yang mematuhi piawaian dan pematuhan kepada peraturan lalulintas.

Melalui advokasi tersebut juga, penerangan mengenai kepentingan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) dalam kenderaan persendirian agar bayi dan kanak-kanak selamat dan terhindar daripada mengalami kecederaan yang serius sekiranya berlaku kemalangan. Dalam masa yang sama risalah berkaitan turut diedarkan sebagai panduan kepada pengguna jalan raya.

Untuk sebarang aduan trafik, orang awam boleh menyalurkan aduan berkenaan kepada aduantrafik@jpj.gov.my atau platform aplikasi e-Aduan@JPJ berserta dengan butiran lengkap pengadu dan juga butiran lengkap aduan.

Sumber: JPJ Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut