POLIS RAMPAS 3 SENJATA API BUATAN SENDIRI, TAHAN PEMILIK

KOTA BELUD (16 Mei): Polis menahan seorang lelaki dan merampas tiga laras senjata api buatan sendiri dalam serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Kelawat, di sini, semalam.

Serbuan kira-kira jam 11 pagi oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud turut merampas enam butir peluru hidup. Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata, serbuan dibuat berdasarkan hasil pemantauan dan risikan yang dijalankan pihaknya.

“Hasil serbuan itu menemukan tiga laras senjata api buatan sendiri beserta enam butir peluru hidup. Seterusnya pasukan operasi menahan seorang lelaki tempatan berusia 43 tahun iaitu pemilik rumah,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, tangkapan dan rampasan dibawa ke IPD Kota Belud untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 yang membawa hukuman tidak melebihi tujuh tahun penjara atau dengan denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-keduanya sekali jika sabit kesalahan.

“Polis mengalu-alukan orang awam supaya menyalurkan sebarang maklumat jenayah kepada pihak polis bagi bersama-sama membanteras jenayah setempat.

 

#MalaysiaMadani

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

#MKNSabah

 

Sumber: Info X

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut