𝗒𝗣𝗦 𝗕𝗔𝗦 π—£π—˜π—žπ—˜π—₯𝗝𝗔

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang telah membuat Penguatkuasaan terhadap Kenderaan Perkhidmatan Awam ( KPA ) dengan tumpuan utama kenderaan bas pekerja. Penguatkuasaan ini bertujuan memantau, mengesan dan mengambil tindakan penguatkuasaan kepada pemandu atau pengusaha KPA ini yang tidak mematuhi peraturan dan undang- undang yang berkuatkuasa.

Kesalahan dikesan tiada lesen memandu, tiada lesen memandu Kenderaan Perkhidmatan Awam ( PSV ), Salahguna LKM ( van persendirian bawa pekerja ), Lesen Kenderaan Motor ( LKM ) tamat tempoh serta tiada perlindungan lnsuran, memandu dilorong kecemasan dan pelbagai kesalahan teknikal. Sebanyak 181 notis saman dan kesalahan teknikal telah dikeluarkan dalam operasi hari ini.

Sumber : JPJ Negeri Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/JPJPulauPinang

Artikel/Berita Terkini

AIR TENANG JANGAN DISANGKA TIADA BUAYA, JALAN BANJIR JANGAN DISANGKA CETEK

Musim tengkujuh yang sering melanda negara kita bukan sahaja mengundang risiko bencana alam, malah turut menyingkap sikap segelintir pemandu yang …

7 KESILAPAN BIASA ORANG KITA BUAT MASA MUSIM TENGKUJUH DI TERENGGANU

Menjadikan Banjir Sebagai ‘Pesta Air’ Ini merupakan kesilapan paling klasik dan berbahaya. Sebaik sahaja air mula naik, ramai yang mengambil …

BAHAYA DI SEBALIK RIANG: ANCAMAN PENYAKIT BAWAAN AIR KETIKA BANJIR

Setiap kali tiba musim tengkujuh, khususnya pada penghujung tahun di negeri-negeri Pantai Timur seperti Terengganu dan Kelantan, bencana banjir seakan-akan …