DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
Program Latihan Dalam Perkhidmatan Pemantapan Solat dikalangan Warga PDRM Peringkat IPD Seberang Perai Utara telah diadakan bertempat di Surau Nurul Aman, IPD Seberang Perai Utara. Objektif porgram ini adalah bagi memastikan setiap warga PDRM yang beragama Islam di IPD Seberang Perai Utara menunaikan solat dengan betul dan sempurna mengikut syariat berdasarkan dalil dari nas – nas Al Quran dan hadith Nabi S.A.W.
Memperingatkan warga kerja IPD Seberang Perai Utara khususnya lelaki menunaikan solat fardu secara berjemaah serta mengukuhkan peribadi, sahsiah warga PDRM dan sekaligus membentuk peserta yang sentiasa mengharapkan pergantungan kepada Allah S.W.T melalui amalan fardhu dan sunat.
Sumber : IPD Seberang Perai UtaraΒ https://www.facebook.com/IPDSeberangPeraiUtara