Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sembilan dengan kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sembilan telah melaksanakan Program Bicara Eksekutif Penerangan Isu-Isu Keselamatan pada 15 Mei 2024 bertempat di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Kuala Pilah.
Program ini diadakan bertujuan untuk mengupas dan menerangkan kepada pelajar institusi pengajian tinggi berkenaan ancaman keselamatan yang berisiko untuk mereka hadapi secara sedar atau tidak. Sebanyak dua slot diadakan pada taklimat kali ini. Sesi pertama bertajuk “Kesihatan Mental Di Kalangan Pelajar” yang telah disampaikan oleh Pegawai Perubatan dan Pegawai Psikologi dari Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Pilah.
Sesi kedua pula memfokuskan isu “ Pengantunan Seksual@Sexual Grooming: Ancaman Kepada Pelajar” yang disampaikan oleh pegawai dari Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan. Hampir 200 jemputan yang terdiri daripada mahasiswa serta pemimpin setempat di daerah Kuala Pilah hadir pada program ini.
Program dirasmikan oleh YB Puan Sri Bibi Sharliza binti Mohd Khalid, Ahli Dewan Undangan Negeri Juasseh. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua individu yang terlibat dalam menjayakan program ini memandangkan isu yang dibincangkan merupakan isu yang amat penting untuk diberi perhatian dikalangan pelajar serta pemimpin masyarakat.