DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
Eksesais Temuduga Kenaikan Pangkat Rendah Kor Kadet Polis Daerah Seberang Perai Utara, Tahun 2024 telah diadakan di Dewan Temenggung IPD Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Ia melibatkan Sesi Ujian Bertulis, Sesi Ujian Kawad oleh Jurulatih Kawad dan Sesi Ujian Lisan oleh Ahli Panel Temuduga.
Objektif Eksesais Temuduga Kenaikan Pangkat Kor Kadet Polis bertujuan untuk mengisi kekosongan pangkat Koperal dan Sarjan Kor Kadet Polis Daerah Seberang Perai Utara. Aspek yang diambil kira semasa temuduga adalah seperti kekemasan, keseragaman, pengendalian skuad.
Sumber : IPD Seberang Perai Utara. https://www.facebook.com/IPDSeberangPeraiUtara