TENTERA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP ROKOK

KUCHING: Cubaan lelaki menyeludup sejumlah rokok ke negara jiran gagal selepas digagalkan sepasukan anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) di Tebedu, malam tadi.

Dalam kejadian jam 10.30 malam di lokasi kira-kira 900 meter dari sempadan Malaysia-Indonesia, sepasukan anggota Batalion 20 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang sedang menjalankan rondaan dalam Op Awas/Keris Parang mengesan sebuah van yang mencurigakan dan bertindak menahannya.

Jurucakap Sel Operasi Media, Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (MK PMTTD) berkata, pemeriksaan terhadap van itu menemui sejumlah muatan yang dibungkus dengan plastik hitam.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati bungkusan itu mengandungi 30 kotak besar rokok.

“Ketika ditahan, van yang dipandu lelaki tempatan itu datang dari arah Malaysia menghala ke Indonesia.

“Pemeriksaan terhadap muatan 30 kotak itu mendapati setiap kotak mengandungi 50 karton rokok,” katanya.

Beliau berkata, semua rokok yang dirampas itu dianggarkan bernilai RM45,000 manakala van pula dianggarkan RM50,000 menjadikan jumlah keseluruhan rampasan bernilai RM95,000.

“Barang rampasan serta seorang suspek kemudian diserahkan kepada pihak polis di Balai Polis Tebedu untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

SUMBER: BERITA HARIAN

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut