STB PROMOSI PELANCONGAN SABAH KEPADA UZBEKISTAN

KENANGAN: Rombongan STB merakamkan kenangan bersama pihak Batik Air dan Fun Holiday sempena jelajah Sabah Borneo di Uzbekistan.

 

KOTA KINABALU: Lembaga Pelancongan Sabah (STB) dengan kerjasama Batik Air dan Fun Holiday menganjurkan jelajah khusus di Uzbekistan yang berjaya menarik minat pelancong negara itu untuk destinasi pelancongan baharu yang mesra Muslim.

Menurut kenyataan STB di sini semalam, jelajah yang diadakan di bandar bersejarah Samarkand dan Tashkent pada 23 dan 25 April lepas mendapat sambutan luar biasa dengan kehadiran kira-kira 250 peserta.

Kesemua peserta begitu bersemangat dengan tawaran destinasi  pelancongan yang mempromosikan kawasan pulau, pantai dan sungai.

Menerusi jelajah itu juga, Uzbekistan yang terkenal dengan kekayaan warisan budaya dan keunikan sejarah kini meneroka destinasi percutian baharu melangkaui tradisi melawat negara kegemaran seperti Turkiye, Mesir dan Arab Saudi.

Menyedari minat pelancong yang semakin meningkat itu, STB merebut peluang untuk mempamerkan keindahan dan layanan mesra Sabah kepada pengembara Uzbekistan.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …