CUBAAN SELUDUP MASUK KOSMETIK BERNILAI RM50,000 GAGAL

RAMPAS: Semua barang kosmetik berkenaan dirampas dan dibawa ke pangkalan PPM Semporna untuk tindakan lanjut.

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya merampas pelbagai barangan kosmetik bernilai hampir RM50,000 yang cuba diseludup ke daerah ini melalui Laut Pulau Larapan, di sini, semalam.

Semua barangan berkenaan dirampas hasil pemeriksaan anggota PPM Semporna selepas mengesan pergerakan sebuah bot laju dalam keadaan mencurigakan, jam 8.50 malam.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin berkata, pihaknya menerima maklumat risikan mengenai aktiviti penyeludupan di lokasi berkenaan.

Katanya, ketika bot ronda PPM Semporna menjalankan rondaan Op Taring Gelora mengesan pergerakan sebuah bot laju dalam keadaan mencurigakan.

“Anggota PPM Semporna cuba menahan untuk pemeriksaan, namun bot terbabit bertindak memecut ke kawasan perairan cetak Laut Pulau Larapan.

“Bot ronda PPM terus mengekori dan menemukan bot laju tanpa nombor pendaftaran yang ditinggalkan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, hasil pemeriksaan menemukan 26 kotak berisi barangan kosmetik yang disyaki diseludup masuk dari Filipina.

Ahmad berkata, antara barangan yang dirampas iaitu buku sabun, facial cream perfect formula exfoliating, gel cream perfect formula sun shield dan buku facial soap.

“Semua barang kosmetik beserta bot yang dianggarkan berjumlah RM60,000 itu dibawa ke pangkalan PPM Semporna untuk tindakan lanjut,” katanya.

“Kes berkenaan dirujuk ke Jabatan Farmasi Tawau dan kes disiasat mengikut Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …