RANTAU PANJANG : Pegawai Penguat Kuasa KPDN, Kelantan telah menerima serahan kes daripada Batalion 8 Pasukan Gerakan AM berkaitan membanteras barangan kawalan di sekitar sempadan negara.
Rampasan anggaran 540 liter minyak diesel dan 204 kilogram minyak masak bersubsidi disita ketika sedang menjalankan aktiviti tidak bermoral disyaki barang kawalan dan kes akan disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Pengguna boleh menyalurkan sebarang aduan sekiranya mengesyaki sebarang aktiviti yang mencurigakan dan tindakan tegas segera diambil KPDN.