LAKUKAN PENYIASATAN AWAM SEBELUM PINDA ENAKMEN PENYAHWARTAAN HUTAN

PELABUHAN KLANG: Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) menyarankan kerajaan negeri yang meminda enakmen berkaitan penyahwartaan hutan di negeri masing-masing melaksanakan penyiasatan awam terlebih dulu.

Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata perkara itu membolehkan rakyat mengambil maklum dan mengetahui mengenai penyahwartaan hutan dilaksanakan kerajaan negeri.

“Kita minta kerajaan negeri yang hendak buat penyahwartaan hutan perlu melakukan penyiasatan awam.

“Sekiranya mereka (kerajaan negeri) hendak nyahwarta hutan, mereka kena ganti hutan yang dinyahwarta dengan hutan lain.

“Selangor sudah melaksanakan kaedah penyiasatan awam ini dan Perlis juga dijangka akan mengikut jejak langkah itu,” katanya selepas melancarkan Inisiatif Rakan Bumi Program Penanaman Bakau 2025 di sini, hari ini.

Beliau memaklumkan Kerajaan Persekutuan sudah membuat pindaan Akta Perhutanan sejak 2022.

Mengulas mengenai program penanaman bakau itu katanya, sehingga 1 Mei lalu, sebanyak 86.5 juta pokok ditanam di seluruh negara membabitkan 1,823 spesis pokok

“Sasaran kita untuk tanam 100 juta pokok menjelang hujung tahun depan,” katanya.

Beliau berkata, hutan berperanan sebagai ‘agen alam’ yang mengawal suhu, menyerap air daripada berlakunya insiden banjir.

“Kalau hutan bakau pula, ia bertindak sebagai penyokong pesisiran pantai daripada terhakis dan menjadi sumber utama ikan mencari makanan,” katanya.

Mengulas status terkini aktiviti perlombongan haram yang didakwa membabitkan unsur nadir bumi (REE) di Hutan Simpan Ulu Jelai, Lipis, Pahang, beliau berkata NRES bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi memperoleh maklumat berkaitan.

Artikel/Berita Terkini

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut

PELANCONGAN KEKAL TERAS PEMACU EKONOMI SABAH

RASMI: Christina yang mewakili Ketua Menteri memalu gong sebagai simbolik pelancaran ASEAN Travel Exchange (ATEX 2025) hari ini. KOTA KINABALU: …
Maklumat Lanjut