KERAJAAN SABAH, KDN KERJASAMA BANTERAS PENYALAHGUNAAN DADAH

TAWAU (12 Mei): Kerajaan negeri akan terus bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi memperkukuhkan lagi usaha dalam memerangi gejala penyalahgunaan dadah di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerajaan negeri juga akan memberi sokongan penuh terhadap inisiatif-inisiatif yang dapat mengurangkan masalah dadah di negeri ini.

Justeru beliau mahu semua agensi yang berkaitan seperti Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Majlis Belia Sabah (MBS), agensi Persekutuan dan negeri, sektor swasta serta badan bukan kerajaan (NGO) bergerak bersama bagi memastikan program-program pendidikan pencegahan dadah dapat dilaksanakan khususnya di kawasan berisiko tinggi.

Beliau berkata demikian sempena Program AADK Bersama Masyarakat sempena Peringatan Hari Antidadah Peringkat negeri Sabah 2024 di Dataran Majlis Perbandaran Tawau, di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Menteri Datuk lr Shahelmey Yahya. Program anjuran KDN melalui AADK itu bertujuan bagi meningkatkan kesedaran dan komitmen dalam seluruh masyarakat untuk bersama-sama kerajaan dalam menangani permasalahan dadah khususnya di Sabah.

Terdahulu, majlis pecah tanah bagi tapak Projek Pembinaan Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Tawau yang terletak di Batu 36, telah disempurnakan pagi tadi.

Mengenai majlis itu Hajiji berkata, penubuhan PUSPEN di Tawau adalah usaha untuk menyediakan kemudahan dan akses program rawatan dan pemulihan berkaitan dengan dadah kepada mereka yang memerlukan.

“Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam usaha ini. Cadangan pembinaan sebuah PUSPEN baharu di negeri ini telah bermula sejak 2019 lagi dan akhirnya ia menjadi kenyataan apabila berjaya diwartakan pada tahun lalu.

“Oleh kerana kemudahan ini hanya ada di Papar sahaja, justeru perjalanan antara pantai barat dan pantai timur negeri ini agak mengambil masa. Dengan adanya kemudahan ini, ia memudahkan mereka yang berada di sekitar pantai timur untuk mendapatkan akses rawatan dan pemulihan yang menyeluruh seperti ditawarkan di PUSPEN Papar,” katanya.

 

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Sabah Media

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …