IMIGRESEN SEDANG UJI PENGGUNAAN KOD QR DI PINTU MASUK – RUSLIN

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) sedang melaksanakan ujian penggunaan Kod QR bagi melancarkan proses pergerakan di pintu masuk negara.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh, bagaimanapun berkata perincian mengenai perkara itu akan diumumkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam tempoh terdekat.

“Ini antara komitmen Imigresen dan KDN untuk menangani kesesakan di pintu masuk utama negara, inisiatif ini berterusan dari peringkat KDN dan pelaksanaanya adalah Imigresen, bukan sahaja di Johor Bahru (Johor), malah di pintu masuk lain termasuk udara.

“Cara yang kita teroka adalah pelaksanaan Kod QR, memang kita tengah teroka, buat kajian dan sekarang ini kita tengah buat ujian manakala pengumuman mengenai perkara ini akan dibuat oleh KDN kerana perkara ini masih belum dilaksanakan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

NST sebelum ini melaporkan kesesakan di pintu masuk negara di Johor terutama pada waktu puncak bakal ditangani dengan pelaksanaan Sistem Pelepasan Imigresen menerusi penggunaan Kod QR bermula tahun ini.

Difahamkan, sistem yang akan beroperasi secara berfasa itu mampu mengurangkan kesesakan di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Johor Bahru serta Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Gelang Patah.

Mengulas lanjut, Ruslin berkata, perkara yang menjadi keutamaan adalah untuk mencari satu proses yang memudahkan dan mempercepatkan pergerakan di pintu masuk tanpa berkompromi dalam aspek keselamatan.

“Aspek keselamatan ini termasuk daftar keluar masuk kita kena pegang, rekod kita kena ada, mereka yang ada senarai disyaki, senarai hitam dan sebagainya, kita ada rekod (semua itu),” katanya.

SUMBER: BERITA HARIAN

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut