STRATEGI ESG UNTUK PEMBANGUNAN MAMPAN: ANIFAH

KOTA KINABALU (9 Mei): Sabah telah memulakan strategi Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) yang komprehensif untuk pembangunan mampan di bawah kepimpinan berwawasan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor.

Pengerusi Invest Sabah Berhad (ISG) Tan Sri Anifah Aman berkata Kerajaan Negeri telah mengambil langkah tegas untuk memerangi pembalakan haram, memperjuangkan usaha penghutanan semula dan peralihan ke arah tenaga boleh diperbaharui, termasuk tenaga solar dan hidroelektrik.

Dalam keterangkuman sosial, beliau berkata Sabah kekal teguh dalam menyokong hak orang asal dan kemajuan masyarakat luar bandar.

“Komitmen Kerajaan yang tidak berbelah bahagi untuk memelihara hak tanah adat dan melabur dalam infrastruktur kritikal, pendidikan dan penjagaan kesihatan memastikan penyertaan yang saksama dalam kemajuan ekonomi.

“Tadbir urus di Sabah berpaksikan ketelusan dan memerangi rasuah, sekali gus memupuk persekitaran yang kondusif untuk perniagaan dan pelaburan.

“Tambahan pula, negeri ini teguh dalam mempromosikan pelancongan mampan, memastikan sektor penting ini berkembang tanpa menjejaskan warisan semula jadi kita,” katanya, Selasa, pada Forum Kesedaran Inisiatif Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus Korporat (ESG).

 

 

#MalaysiaMadani

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

#MKNSabah

 

Sumber: Harian Ekspres Sabah

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut