POLIS PAHANG AMBIL KETERANGAN INDIVIDU CEROBOH HUTAN SIMPAN DI RAUB

KUANTAN: Polis sedang mengambil keterangan beberapa individu berhubung insiden menghalang penjawat awam menjalankan tugas ketika operasi penguatkuasaan di hutan simpan di Raub yang dipercayai diceroboh bagi penanaman durian musang king, baru-baru ini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata setakat ini pihaknya sudah mengenal pasti kira-kira 20 individu termasuk seorang wakil rakyat bagi membantu siasatan.

“Polis dalam proses melengkapkan siasatan sebelum tindakan lanjut diambil dan kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan,” katanya di sini hari ini.

Selasa lalu, dua individu termasuk seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan kerana dipercayai menceroboh kawasan berkenaan dan berlaku provokasi serta sekatan ketika membawa keluar mereka daripada lokasi tersebut.

Yahaya berkata, tiga lelaki termasuk seorang warga Myanmar turut ditahan semalam atas kesalahan menceroboh kawasan sama dan mereka yang ditahan diserahkan kepada Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 47 (1) Akta Perhutanan Negara 1984.

Mengulas lanjut, beliau berkata, operasi pada Selasa lalu hanya membabitkan lebih 50 anggota dan pegawai polis antaranya daripada Unit Tempur Ringan (LSF) bukannya Unit Simpanan Persekutuan (FRU) seperti didakwa.

Sementara itu, Yahaya mengingatkan kepada semua pihak supaya memberikan kerjasama yang baik dan mematuhi undang-undang ditetapkan.

“Jangan cetuskan provokasi, polis ambil tindakan berdasarkan undang-undang sedia ada malah saya nak ingatkan jangan memainkan sentimen 3R (raja, agama dan kaum) dalam isu ini,” tegasnya.

SUMBER:  BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut