JANGAN JUAL PRODUK ADA LABEL ‘NO PALM OIL’, ‘PALM OIL FREE’ – FUZIAH

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyarankan kepada peniaga supaya tidak menjual produk yang dilabel dengan kempen memboikot produk minyak kelapa sawit. Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh, minyak sawit adalah produk tempatan yang dikeluarkan di negara ini. Dalam Akta Perihal Dagangan 2011 terdapat peraturan berkaitan larangan penggunaan penyataan atau ungkapan boikot sebegitu.

Minyak sawit adalah produk kita, produk nasional dan kita tahu terdapat juga pihak luar negara yang melobi produk ini. Justeru, peniaga dan peruncit harus lebih peka dengan tidak menjual produk yang dilabel kempen memboikot produk kita seperti minyak sawit. Berpandukan akta ini, jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman denda RM250,000 atau lima tahun penjara.

Terdahulu, media melaporkan KPDN menyerbu sebuah kedai serbaneka di Presint 3 di Putrajaya semalam kerana disyaki menjual produk makanan tertera perkataan “No Palm Oil” (NPO) atau “Tiada Minyak Sawit” pada plastik pembungkusan produk itu.

Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali dilaporkan berkata, serbuan yang bermula jam 11.45 pagi itu ialah berdasarkan aduan awam yang diterima KPDN dan hasil pemeriksaan, pasukan serbuan telah menemukan produk aiskrim pelbagai perisa yang mempunyai pernyataan NPO.

Menurut Fuziah, tindakan tidak menjual produk terbabit yang mempunyai label NPO adalah yang sepatutnya dilakukan peniaga. Jika peniaga mengambil tindakan menutup label pun, kita tahu pengeluar produk berkenaan berpendirian untuk memboikot minyak sawit. Jadi, tidak seharusnya kita (peniaga) bersekongkol dengan usaha yang sedemikian sebab mereka memboikot barang kita.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut