PENGHANTARAN PESAKIT JANTUNG KE IJN DAPAT DIKURANGKAN – JAMES RATIB

KOTA KINABALU (29 April): Langkah menaik taraf Hospital Queen Elizabeth 2 (HQE2) menjadi Pusat Jantung Negara (PJN) Sabah disasar dapat mengurangkan 50 peratus penghantaran pesakit jantung dari negeri ini ke Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk James Ratib, berkata berdasarkan rekod tahun lalu, kira-kira 200 pesakit jantung dari negeri ini terpaksa dihantar ke Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan pakar jantung di sana.

Katanya, ketika ini sudah ada pusat rawatan jantung yang ditempatkan di HQE2, namun masih kekurangan pakar dan peralatan yang diperlukan menyebabkan banyak kes sakit jantung perlu dirujuk ke Kuala Lumpur (IJN).

“Sebenarnya kita suda ada doktor pakar jantung tapi tidak cukup, iaitu seorang ketua pakar yang dibantu tiga doktor lain.

Keseluruhannya kita ada pakar bius, dua pakar kakak-kanak seorang pakar jantung dan seorang lagi pakar pembedahan.

“Jadi, dengan adanya projek Pusat Jantung Negara Sabah yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia bukan saja menaik taraf dan menambah peralatan di HQE2 tapi juga menambah bilangan doktor pakar.

“Dengan itu, jika kebiasaannya pesakit yang ada masalah jantung terutama kanak-kanak, terpaksa dihantar ke Kuala Lumpur, tapi dengan adanya peralatan dan pakar yang cukup, kita dapat kurangkan hantar pesakit ke Kuala Lumpur.

“Tahun lalu kita hantar lebih kurang 200 pesakit, jadi mungkin ia dapat dikurangkan kepada 100,” katanya ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri kementeriannya, di sini, hari ini.

Hadir sama Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakat Sabah, Datuk Flovia Ng.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Info X

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut