JABATAN PERHUTANAN SASAR CAPAI MISI TANAM 100 JUTA POKOK AKHIR TAHUN INI

KUANTAN: Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia percaya sasaran kempen menanam 100 juta pokok mampu dicapai lebih awal selewat-lewatnya akhir tahun ini sekiranya mendapat sokongan semua pihak.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohd Ridza Awang berkata, sekiranya sasaran itu dicapai lebih awal, bermakna lebihan akan berlaku tahun depan sekali gus menjadi bonus kepada pelaksanaan program terbabit selama lima tahun dilancarkan pada 2021.

Beliau berkata, sehingga kini kira-kira 86 juta pelbagai spesies pokok ditanam seluruh negara dengan Sarawak berada pada kedudukan teratas dengan 33.8 juta pokok membabitkan penyertaan lebih 1,151 individu.

“Tempat kedua diungguli Sabah dengan 16.3 juta pokok ditanam membabitkan 4,201 individu, diikuti Kelantan kira-kira 8.9 juta dengan sokongan 247 individu.

“Pahang berada pada kedudukan keenam dengan penanaman 8.8 juta pokok membabitkan penyertaan lebih 6,000 individu.

“Saya berharap beberapa negeri yang masih tidak mencapai jumlah tanaman disasarkan, dapat menambahkan lagi aktiviti menanam di kawasan sesuai secara berterusan dengan kerjasama pelbagai pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Kempen Menanam 100 juta Pokok peringkat Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) di kawasan Pantai Balok, dekat sini semalam.

Pada program itu 200 pokok spesies ru pantai ditanam secara gotong-royong bersama lebih 60 kakitangan JPNP.

SUMBER: BERITA HARIAN

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut