MELAKA ANJUR KARNIVAL HIMPUN ANAK-ANAK ISTIMEWA

Ayer Keroh – Karnival Kebolehpasaran 2024 yang diadakan di Melaka Mall pada 30 April ini menyasarkan penyertaan seramai 3,000 Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) Negeri Melaka.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, karnival itu diadakan bagi membina keyakinan murid berkenaan dalam aktiviti kemahiran yang dirancang.

“Terdapat pelbagai aktiviti diadakan untuk murid terlibat seperti segmen pertandingan mewarna, gubahan bahan terbuang, dekorasi kek, menu sihat, nyanyian solo, poster digital, manik kreatif dan banyak lagi.

“Setakat ini untuk segmen pameran sebanyak 28 agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) telah bersetuju untuk turut sama memeriahkan karnival ini nanti.

“Inisiatif ini juga mampu memberi pendedahan tentang keperluan mengupayakan murid-murid ini kepada ibu bapa dan komuniti, selain meningkatkan kefahaman anak-anak tentang kemahiran yang ada di Melaka,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Rahmad berkata, murid berkeperluan khas juga perlu dihargai kerana mereka turut mempunyai bakat serta kemahiran tersendiri.

“Ini juga salah satu platform untuk memupuk anak-anak ini tentang semangat keusahawanan dalam kalangan murid berkeperluan pendidikan khas ini,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

 

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut