LEBIH 30 MANUSKRIP, PENULISAN HIKAYAT HANG TUAH AKAN DIPAMERKAN KEPADA UMUM

Bandaraya Melaka – Institut Tun Perak (ITP) menerima lebih 30 manuskrip dan penulisan mengenai hikayat Hang Tuah dalam pelbagai bahasa untuk dipamerkan kepada umum.

Ketua Pegawai Eksekutif ITP, Prof. Madya Dr. Mohamad Ainuddin Iskandar Lee Abdullah berkata, manuskrip tersebut bakal dipamerkan pada Pameran Hang Tuah yang akan diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Jun depan.

Beliau berkata, buat masa ini pihaknya masih dalam proses menyusun kesemua manuskrip itu bagi pameran berkenaan.

“Setakat ini lebih 30 manuskrip dan penulisan hikayat Hang Tuah dalam Bahasa Jawi, Bahasa Indonesia, Bahasa Inggeris dan lain-lain bahasa sudah diterima pihak ITP.

“Kita juga berjaya mendapatkan buku-buku tentang Hang Tuah dari luar negara, cumanya bagi artifak mengenai Hang Tuah pihak Universiti Islam Melaka (UNIMEL) akan mendapatkannya sendiri.

“Difahamkan ada kira-kira 10 artifak (barangan) peninggalan Hang Tuah yang akan dibawa balik oleh pihak UNIMEL daripada waris-waris yang sudah dikenal pasti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini pada Seminar Pemantapan Penyelidikan Kajian Hang Tuah Menerusi Sumber-Sumber Baharu yang dirasmikan Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Zaidi Attan di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Hadir sama Naib Canselor UNIMEL, Prof. Datuk Dr. Mohd Taib Dora dan wakil-wakil jabatan.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut