KPDN SANDAKAN CATAT NILAI RAMPASAN LEBIH RM1 JUTA MELIBATKAN PELBAGAI KESALAHAN

SANDAKAN (24 April): Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) cawangan Sandakan  berjaya menghasilkan sebanyak 54 kes melibatkan pelbagai kesalahan dengan nilai rampasan keseluruhan berjumlah lebih RM 1 juta.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDN Sandakan Azdy Zukkry John berkata, sebanyak 1,965 premis perniagaan meliputi 897 premis di badar dan 1,068 premis luar bandar di daerah ini telah diperiksa sejak awal tahun ini.

“Sebanyak 54 kes telah dihasilkan membabitkan nilai rampasan keseluruhannya berjumlah RM 1,000,520.35. Sebanyak 30 kes telah dikompaun dan nilai kompaun dikutip berjumlah RM6,100.

“Manakala dua kes lagi telah didakwa di mahkamah dan didenda sebanyak RM20,000. Dari segi aduan, sebanyak 46 aduan diterima oleh KPDN Sandakan sejak 1 Januari 2024 sehingga kini dan 43 (93.5 peratus) aduan telah selesai disiasat manakala tiga aduan lagi sedang dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Katanya, KPDN cawangan Sandakan akan meneruskan operasi pemeriksaan khasnya di pasar-pasar tumpuan utama pengguna di daerah ini bagi mempastikan para peniaga terus mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan oleh KPDN.

#MalaysiaMadani

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

#MKNSabah

 

Sumber: Sabah Media

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut