PERISTIWA HARI INI TAMBAK JOHOR

Hari ini 104 tahun yang lalu, batu asas Tambak Johor diletakkan.

Tambak Johor, atau turut dipanggil ‘Koswey’ (causeway) adalah sambungan darat pertama antara Semenanjung Malaysia dengan Singapura. Ia menyeberang Selat Tebrau sepanjang 1,056 meter, menyambungkan Johor Bahru dengan Woodlands.

Sebelum wujud Tambak Johor, feri adalah medium perhubungan Semenanjung-Singapura. Memasuki kurun ke-20, Singapura jadi pelabuhan tumpuan & sistem pengangkutan sedia ada tak mampu menampung kesibukan aktiviti perdagangannya.

Pada 1917, hadir cadangan membina tambak & pelannya dipersembahkan kepada kerajaan Negeri-Negeri Selat (NNS) & kerajaan Johor pada 1918 sebelum diluluskan pada 1919 selepas perkongsian kos pembinaan dirunding antara 3 pihak terbabit.

Kerja-kerja pembinaan bermula pada Ogos 1919 & upacara peletakan batu asasnya berlangsung pada 24 April 1920 yang disempurnakan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar. Turut hadir Gabenor NNS, Laurence Guillemard.

Tetamu kehormat menaiki kapal layar “Sea Belle” yang berlabuh di tengah-tengah Selat Tebrau untuk meletakkan batu asas projek tersebut pada titik tengah antara Tanjung Puteri, Johor dengan Woodlands, Singapura di mana tambak akan dibina.

Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan doa & Gabenor Guillemard dijemput menarik tali sutera yang menghidupkan jentera untuk mengosongkan muatan batu runtuhan dari tongkang ke laut, disambut dengan siren daripada kapal-kapal sekitar.

Kemudian tongkang kedua membawa muatan batu runtuhan turut dikosongkan disusuli siraman ‘air tolak bala’ & ‘air doa selamat’ ke Selat tersebut. 5 das tembakan hormat dilepaskan dari Bukit Timbalan menandakan berakhir upacara.

Tambak Johor siap dengan kos dianggar sekitar 17 juta Dolar Selat & dirasmikan oleh Gabenor Guillemard pada 28 Jun 1924. Pada 1926, sistem paip yang menyalurkan air bersih dari Johor ke Singapura siap untuk digunakan.

Sumber: Arkib Negara Malaysia, Mekanika

#PeristiwaHariIni

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut