TENTERA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP BAWANG

KUCHING : Anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) menggagalkan cubaan menyeludup bawang merah ke Kalimantan Barat menerusi ‘laluan gajah’ di sempadan Malaysia-Indonesia, semalam.

Cubaan penyeludup yang menaiki sebuah lori itu dikesan sepasukan anggota dari unit di bawah formasi Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Divisyen Infantri) yang terbabit dalam Ops Awas/Keris Parang pada jam 11.20 malam.

Jurucakap Sel Operasi Media, Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (MK PMTTD) berkata, kejadian itu berlaku di Ladang Kelapa Sawit Empaling Kampung Stass dalam daerah Bau.

Menurutnya, ketika ditahan, lori yang dalam keadaan mencurigakan itu berada kira-kira 120 meter dari sempadan Malaysia-Indonesia.

“Lori enam tan jenis Mitsubishi Fuso itu didapati membawa muatan yang bertutup cuba memasuki negara Indonesia dengan menggunakan jalan tidak sah.

“Hasil pemeriksaan mendapati dua lelaki lelaki tempatan membawa muatan sebanyak 750 guni yang berisi bawang merah kecil,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, bawang yang cuba diseludup ke Kalimantan Barat, Indonesia itu dianggarkan bernilai RM75,000.

“Semua muatan itu termasuk lori Mitsubishi Fuso dirampas menjadikan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM 195,000.

“Barang rampasan berserta dua lelaki tempatan berusia lingkungan 50-an yang ditahan kemudian diserahkan kepada pihak polis di Balai Polis Bau untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

SUMBER: BERITA HARIAN

Artikel/Berita Terkini

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut

PELANCONGAN KEKAL TERAS PEMACU EKONOMI SABAH

RASMI: Christina yang mewakili Ketua Menteri memalu gong sebagai simbolik pelancaran ASEAN Travel Exchange (ATEX 2025) hari ini. KOTA KINABALU: …
Maklumat Lanjut

RAPTAI PENUH ISTIADAT PERBARISAN BERJALAN LANCAR

BINCANG: Leftenan Kol. Alphonsus menjelaskan sesuatu kepada Joachim (kiri). KOTA KINABALU: Cuaca baik kelmarin membolehkan raptai penuh Istiadat Perbarisan  sempena …
Maklumat Lanjut