PENIAGA DIAMBIL TINDAKAN BERNIAGA TANPA LESEN BARANG KAWALAN

KOTA BHARU : Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kelantan telah menjalankan siasatan aduan awam pada jam 1.00 petang tadi mengenai peniaga runcit berniaga atau berurusan barang kawalan gas petroleum cecair dengan harga melebihi harga kawalan yang ditetapkan, tiada tanda harga dan tiada resit pembelian dikeluarkan semasa pembelian di lokasi Jalan Kubang Siput Kota Bharu, Kelantan.
Hasil pemeriksaan mendapati premis dimiliki secara perkongsian suami dan isteri yang merupakan warga tempatan dan manakala suaminya adalah warga negara asing.
Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat selinder gas petroleum cecair yang dipamerkan untuk jualan. Pemilik premis gagal mengemukakan lesen runcit CSA apabila diminta pasukan serbuan.
Pasukan telah membuat penyitaan sebanyak 13 silinder tong gas petroleum cecair jenis kuantiti 14 kg dan 12 kg dengan nilai rampasan keseluruhan RM 1948.80
Kes diambil dibawah Peraturan -Peraturan Kawalan Bekalan 1974, disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut