JANGAN KONGSI KES PENGABAIAN, PENDERAAN KANAK-KANAK DI MEDIA SOSIAL – NANCY SHUKRI

Orang ramai diminta tidak menjadikan media sosial sebagai tempat menyalur atau menyebarkan maklumat serta berkongsi berkaitan sesuatu kes pengabaian dan penderaaan kanak-kanak.

Menurut Menteri Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri, sebaliknya, mereka perlu menggunakan kemudahan disediakan oleh kementerian itu untuk menyalurkan maklumat berkenaan seperti menghubungi Talian Kasih di 15999 atau institusi di bawah KPWKM.

Jika dilaporkan di media sosial dan tiada maklumat terperinci, sukar untuk diambil tindakan dan melakukan siasatan terhadap pihak yang terlibat. Pegawai Kebajikan Masyarakat berada di setiap daerah, jadi mudah untuk tindakan segera diambil sebaik kami menerima aduan. Nancy berkata, cara itu dikenal pasti lebih berkesan untuk menangani isu terbabit kerana aduan terus diterima oleh institusi di bawah kementeriannya seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

KPWKM akan memperhebatkan promosi menerusi program advokasi di 300 sekolah di seluruh negara tahun ini, bagi menggalakkan orang ramai memanfaatkan Talian Kasih jika berlaku sebarang isu berkaitan kanak-kanak. Pihaknya menganjurkan program ini untuk beri pendedahan kepada masyarakat termasuk warga sekolah, bagaimana hendak melaporkan apa sahaja isu berkaitan kanak-kanak dengan segera.  Berhubung kedudukan pemberi maklumat, Nancy berkata, mereka tidak perlu bimbang kerana nama mereka dirahsiakan. Menurutnya, pihaknya mahu masyarakat sama-sama memainkan peranan membantu kerajaan dalam menangani isu kanak-kanak.

Orang ramai juga tidak mahu kes berkaitan kanak-kanak berlarutan dan mahukan pihak berkuasa mengambil tindakan, jadi masyarakat harus bersama memainkan peranan menangani perkara ini. JKM atau kementerian kami, tidak mampu menangani kes-kes ini tanpa kerjasama dari semua pihak.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut