KERAJAAN NEGERI PAHANG, JKNP SERIUS PERANGI PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT

KUANTAN, 20 APRIL 2024 : Kerajaan Negeri Pahang juga telah memperuntukkan sebanyak RM1 juta kepada Program Komuniti Sihat Pembina Negara dan Karnival Kekal Sihat COMBI KOSPEN Negeri Pahang (KOSPEN) bagi Jabatan Kesihatan Negeri Pahang bersama sukarelawan MyCHAMPION melaksanakan aktiviti kawalan dan pencegahan penyakit berjangkit.

Menurut Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, YB Tuan Ir. Razali Kassim, program MyCHAMPION ini akan diadakan secara berperingkat di setiap daerah.

“Program ini bertujuan untuk menjadikan rakyat Pahang sihat sejahtera melalui pembudayaan hidup sihat dan kelestarian persekitaran yang menyokong kesejahteraan kesihatan.

“Tujuan kita buat karnival ni supaya rakyat lebih peka untuk menjaga kesihatan kendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media Karnival Kekal Sihat Negeri Pahang dan 3rd Advanced Wound Healing Conference 2024 di Dewan Kompleks Majlis Bandaraya Kuantan, hari ini.

Menurut Kajian Tinjauan Kebangsaan Kesihatan Morbiditi 2019, masih banyak penduduk Pahang yang tidak menyedari diri mereka menghidap penyakit tidak berjangkit seperti diabetes dan hipertensi iaitu noncommunicable disease (NCD).

Oleh itu, program ini menekankan pentingnya saringan kesihatan secara berkala bagi mengelakkan komplikasi penyakit.

Sementara itu, 3rd Advanced Wound Healing Conference 2024 yang turut diadakan bersama bermula 18 April sehingga hari ini telah menjadi platform bagi meningkatkan pengetahuan para pegawai perubatan dan paramedik dalam penjagaan luka moden.

“Dengan penyertaan seramai 200 anggota kesihatan dari seluruh Malaysia, persidangan ini bertujuan untuk memperkenalkan teknik-teknik terkini dalam penjagaan luka.

“Program ini juga menyeru kepada penduduk Pahang untuk menjalani saringan kesihatan secara berkala, terutamanya bagi golongan berumur 40 tahun ke atas,” katanya.

Dalam menggalakkan kesedaran kesihatan, perkhidmatan saringan kesihatan disediakan di pelbagai fasiliti termasuk klinik-klinik kesihatan, program saringan kesihatan di bawah skim Peka B40, dan Health Screening Program (HSP) di bawah PERKESO.

Dalam pada itu beliau juga sempat memberikan nasihat kepada rakyat Pahang agar memberi keutamaan kepada kesihatan diri sendiri dengan menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala.

“Dengan itu, saya harap masyarakat Pahang akan lebih peka dan cakna dalam menjaga kesihatan diri demi kesejahteraan yang lebih baik,” katanya.

SUMBER: PAHANGMEDIA

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut