HAJIJI HADIR MAJLIS AIDILFITRI PARLIMEN PAPAR DAN DUN KAWANG

SERAH: Hajiji menyerahkan replika kunci Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) kepada seorang penerima.

 

PAPAR: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Peringkat Parlimen Papar dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawang 2024 di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengalat hari ini.

Ketibaan Hajiji disambut oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali yang juga Ahli Parlimen Papar dan ADUN Kawang, Dato Sri Gulam Haidar Khan Bahadar yang juga Pengarah Kumpulan Yayasan Sabah.

Hajiji turut menyampaikan kunci Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) kepada penerima dari kawasan Parlimen Papar, selain menyampaikan duit Hari Raya kepada golongan asnaf dan pesara tentera.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya, Datuk Shahelmey Yahya, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Safar Untong dan tetamu lain.

Majlis Sambutan Aidilfitri itu dihadiri oleh lebih 12,000 orang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dan agama.

Sejurus dari Papar, Hajiji menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif di Kampung Pimping Membakut.

Sementara itu, Hajiji yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) turut menghadiri majlis Aidilfitri mantan Pengerusi Tetap Parti WARISAN, Datuk Haji Karim Bujang di Putatan dan menyaksikan penyerahan 3,000 borang ahli baharu Gagasan Rakyat daripada pemimpin dan ahli WARISAN Bongawan dan Kimanis yang mengisytiharkan keluar parti itu.

Beliau turut menyerahkan surat pelantikan sebagai Ketua Pengarah Jentera Pilihan Raya dan Penasihat Gagasan Rakyat Bongawan kepada Karim.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut