PEMBATALAN PENERBANGAN: KESELAMATAN PENUMPANG JADI KEUTAMAAN – KETUA MENTERI

KOTA KINABALU (18 April): Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata keselamatan penumpang menjadi keutamaan berikutan langkah syarikat penerbangan membatalkan puluhan jadual penerbangan ke Sabah hari ini.

Katanya, kira-kira 20,000 penumpang yang masuk dan keluar ke negeri ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Labuan, Tawau dan Sandakan terjejas akibat pembatalan itu.

Jelasnya, kerajaan negeri turut memantau dengan rapat kesan letusan Gunung Ruang di Indonesia yang menyebabkan pelepasan debu gunung berapi di udara hingga menjejaskan operasi penerbangan.

“Saya sudah diberikan taklimat berhubung situasi itu dan memantau perkembangannya dari semasa ke semasa.

“Keselamatan menjadi keutamaan dan apa yang penting ialah kita memberi keutamaan terhadap keselamatan rakyat kita,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sejak pagi tadi, Penerbangan Malaysia (MAS) dan AirAsia membatalkan sebahagian besar penerbangan ke Sabah berikutan letusan Gunung Berapi Ruang di Kepulauan Sulawesi, Indonesia.

Letusan abu tebal dari gunung berapi itu dikhuatiri menjejaskan ruang udara sekitarnya termasuk di Sabah, memaksa syarikat penerbangan mengambil langkah membatalkan sementara penerbangan ke negeri ini.

Berpandukan maklumat dimuat naik kedua-dua syarikat penerbangan itu, sekurang-kurangnya 27 penerbangan di Sabah dan lapan penerbangan di Sarawak dibatalkan sejak pagi tadi dan dijadualkan semula.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Info X

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …