DUN SABAH: KERAJAAN NEGERI TEKAD TANGANI ISU BEKALAN AIR

KOTA KINABALU (18 April): Kerajaan Sabah bertekad untuk terus menangani isu bekalan air di negeri ini selain akan turut memperkasa perkhidmatan pembentungan di Sabah.

Yang di-Pertuan Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin berkata, sebanyak 18 projek akan dilaksanakan pada tahun ini sebagai tindakan penyelesaian serta-merta isu bekalan air di kawasan Utara dan Tengah Kota Kinabalu serta Putatan.

β€œKerajaan juga berusaha untuk menurunkan Kadar Kehilangan Air Tidak Berhasil (NRW) dengan menyelesaikan masalah penyambungan haram melalui penguatkuasaan dan pengurusan pengurangan kadar NRW.

β€œDi samping itu, bagi memperkasa perkhidmatan pembentungan, fokus Kerajaan Negeri adalah menyediakan sistem rawatan kumbahan yang boleh menampung beban kumbahan mengikut jumlah Kesetaraan Penduduk (PE) yang telah disasarkan serta meningkatkan kapasiti liputan rangkaian sistem pembetungan dan memastikan kualiti efluen yang dilepaskan daripada loji rawatan kumbahan mematuhi piawaian Jabatan Alam Sekitar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar Kerajaan Negeri sempena Istiadat Pembukaan Penggal kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Beliau berkata, selain itu, pelbagai program kesedaran awam akan terus dilaksanakan bagi memberi kesedaran kepada penduduk mengenai kepentingan sistem pembetungan yang baik bagi menjamin kelestarian alam sekitar.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

Β 

Sumber: Sabah Media

Artikel/Berita Terkini

JURUTERBANG RUGI HAMPIR RM200,000 TERPEDAYA PAKEJ HAJI PALSU

Seorang juruterbang wanita di sebuah syarikat penerbangan mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran pakej haji yang tidak wujud …
Maklumat Lanjut

STPM 2024: NEGERI SEMBILAN LEPASI PNGK KEBANGSAAN BUAT PERTAMA KALI

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan iaitu 2.85 bagi peperiksaan …
Maklumat Lanjut

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut