BOM IKAN: DUA WARGA FILIPINA DIPENJARA 10 BULAN

KOTA KINABALU: Dua rakyat Filipina masing-masing dipenjara 10 bulan kerana mempunyai lapan ikan yang ditangkap menggunakan bom.

Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus menjatuhkan hukuman itu terhadap Matsahirin Ambal, 50, dan Mazlan Marapti, 29, selepas mereka mengaku bersalah secara berasingan terhadap pertuduhan yang dikenakan ke atas mereka pada Rabu.

Warga Filipina terbabit ditemui mempunyai ikan yang ditangkap bersama bahan letupan di dalam bot pam jam 9.30 pagi pada 3 April tahun ini di perairan Pulau Malawali di Kudat.

Mereka didakwa bersama di bawah Seksyen 26(1)(c) Akta Perikanan 1985 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 25(b) Akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan denda sehingga RM20,000, atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Semasa mitigasi, kedua-duanya merayu hukuman ringan dengan mengatakan bahawa mereka perlu menyara keluarga. Matsahirin memaklumkan mahkamah bahawa dia mempunyai empat anak dan isteri, sambil menambah bot itu adalah milik bapa mentuanya dan hanya meminjamnya.

Sementara itu, Mazlan berkata, dia mempunyai dua anak dan isteri yang kini hamil. Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa William Apin dari Jabatan Perikanan menggesa mahkamah mengenakan hukuman pencegahan kerana aktiviti pengeboman ikan boleh menjejaskan habitat dan ekosistem laut.

Mahkamah diberitahu pasukan penguatkuasa Maritim menjalankan Op Taring Gelora dan menahan sebuah bot pam dalam keadaan mencurigakan. Pemeriksaan mendapati terdapat dua orang yang kemudian dikenali sebagai Mattahirin dan Mazlan di atas bot itu bersama ikan yang ditangkap menggunakan bahan letupan.

Sampel ikan itu dihantar ke Jabatan Perikanan untuk bedah siasat yang mengesahkan ia ditangkap menggunakan bahan letupan. Selepas selesai hukuman penjara, kedua-dua warga Filipina itu diperintah dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk dihantar pulang.

Mahkamah juga memerintahkan bot dan semua peralatan yang dirampas dilucuthakkan kepada Kerajaan Malaysia.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Harian Ekspres Sabah

Artikel/Berita Terkini

GELOMBANG PANAS MERENTASI ASIA, BUKAN HANYA DI MALAYSIA

Beberapa kawasan di Asia sedang mengalami cuaca panas terik berikutan gelombang haba melepasi suhu pecah rekod dari Myanmar hingga Filipina, …
Maklumat Lanjut

RUMAH KAYU TANPA PAKU BERUSIA 88 TAHUN JADI TARIKAN DI TEMERLOH

WALAUPUN nampak usang, rumah kayu yang tersergam dan kelihatan masih kukuh di Kampung Chengal, Batu Satu, Jalan Temerloh-Mentakab, Pahang ini, …
Maklumat Lanjut

KAPAL LAYAR KAYU TERBESAR DUNIA BERLABUH DI MELAKA

Pantai Kundur – Sebuah kapal layar kayu tradisional terbesar di dunia selamat berlabuh di Pelabuhan Tanjung Bruas, di sini, sebagai …
Maklumat Lanjut