PENDUDUK BUAT SOLAT SUNAT ISTISQA’ MOHON HUJAN

Jerantut: Penduduk Kampung Bantal, di sini, mengadakan solat sunat Istisqa’ bagi memohon hujan berikutan musim kemarau yang melanda sejak tiga bulan lalu.

Solat dua rakaat berkenaan diimamkan oleh Kadi Daerah Jerantut, Izzuddin Abd Mutalib di dataran berpasir Kampung Bantal Seberang, kira-kira 11.30 pagi, hari ini.

Izzudin berkata, musim kemarau yang berlaku menyebabkan keadaan Sungai Tembeling di kampung itu semakin cetek.

Menurutnya, berikutan itu solat sunat Istisqa’ dibuat bagi keampunan Allah SWT dan memohon hujan sekali gus menghindarkan bencana lain

“Kita berikhtiar dan memohon daripada Yang Maha Esa agar dapat menurunkan hujan khsusunya di Sungai Tembeling seterusnya ke Sungai Pahang yang menjadi sumber pendapatan kebanyakan penduduk.

“Kita memilih lapangan solat di dataran berpasir Sungai Tembeling kerana cuaca sangat panas berlanjutan hampir tiga bulan di kawasan ini,” katanya ketika ditemui, di sini.

Sementara itu, penduduk Japrun Ali, 65, berkata dia berharap kawasan kampungnya diturunkan hujan agar musim kemarau berakhir.

“Kesan musim kemarau amat ketara apabila kira-kira 100 meter Sungai Tembeling berubah menjadi dataran berpasir, lebih besar daripada saiz padang bola, cuma ada sedikit alur air di tempat tertentu.

“Keaadan itu juga menyebabkan nelayan sungai tidak keluar mencari rezeki kerana bot yang digunakan sering tersangkut di kawasan cetek,” katanya.

sumber: HARIAN METRO

Artikel/Berita Terkini

FELO SMJ TAPAK SEMAIAN KEPIMPINAN MASA DEPAN SABAH: HAJIJI

WATIKAH: Hajiji menyampaikan watikah pelantikan kepada Felo SMJ 5.0 di Dewan Bankuasi Utama, Menara Kinabalu, hari ini. KOTA KINABALU: Program …

LELAKI DITAHAN, 52.09 GRAM SYABU DIRAMPAS

RAMPAS: Bekalan dadah yang dirampas semasa penahanan suspek. KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun ditahan polis dalam Op …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …