KUPANG DI PORT DICKSON MASIH TIDAK SELAMAT DIMAKAN – JPNS

Kupang di Port Dickson masih tidak selamat untuk dimakan dan larangan penjualannya kepada pengusaha atau nelayan masih dilaksanakan, kata Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Sembilan (JPNS), Kasim Tawe.

Beliau berkata, hasil analisis sampel kedua kupang dan air diambil daripada perairan Port Dickson oleh makmal Pusat Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur masih mengesan biotoksin melebihi kadar had pengambilan yang selamat.

Pihaknya memerlukan tiga ujian untuk mengenal pasti sama ada perlu diteruskan atau batalkan larangan mengambil serta menjual kupang dari lokasi terbabit. Sampel ketiga sudah diambil hari ini dan dijangka Jumaat ini untuk keputusannya.

Buat masa ini kupang di kawasan itu masih tidak selamat untuk dimakan dan larangan penjualannya kepada pengusaha atau nelayan masih dilaksanakan. Kadar biotoksin yang dikesan dalam sampel kedua lebih rendah berbanding sampel pertama namun ia masih belum mencapai kadar selamat untuk manusia iaitu 800 per bilion (ppb). Kehadiran biotoksin di perairan terbabit juga berlaku secara semula jadi dan berkemungkinan dipercepatkan oleh perubahan cuaca atau kandungan nutrien air laut di perairan itu.

Pada 4 April lepas, hasil analisis makmal Pusat Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur mendapati terdapat alga berbahaya yang menyebabkan kupang di perairan Port Dickson dicemari dan tidak selamat dimakan. Sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari biotoksin serta alga spesies Prorocentrum, Alexandrium dan Pseudonitzschia berbahaya.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut