JAMBATAN GANTUNG BAHARU BERI MANFAAT PENDUDUK KG TAKUTAN

RANAU (15 April): Penduduk Kampung Takutan kini menarik nafas lega jambatan gantung baharu yang telah siap dibina dan dirasmikan untuk kegunaan aktiviti seharian masyarakat di sekitar kawasan itu.

Jambatan gantung baharu sepanjang 90 meter merentasi Sungai Mokodou di Kampung Takutan itu telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam, hari ini.

Menurut Dr Joachim, jambatan gantung baharu berkenaan telah siap sepenuhnya pada Oktober tahun lalu dan kini, penduduk kampung sudah boleh menggunakannya termasuk untuk aktiviti pertanian.

“Jambatan gantung ini telah terputus pada tahun 2022 akıbat banjir besar yang berlaku ketika itu menyebabkan penduduk kampung tidak dapat untuk menggunakannya,” katanya ketika ditemui media selepas majlis perasmian jambatan itu.

Hadir sama pada majlis perasmian tersebut ialah Setiausaha Politik kepada Dr. Joachim, Yubidi Gompoyo; Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM), Dounis Sani; Ketua Kampung, Erin Laug; Pengerusi JKKK Parvine Yudin dan kakitangan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) DUN Kundasang.

Secara keseluruhannya, terdapat dua jambatan gantung baharu dibina dan dua lagi yang dibaiki telah siap sepenuhnya.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Sabah Media

Artikel/Berita Terkini

HAJIJI TERIMA KUNJUNGAN HORMAT PERSARAAN SUP SABAH

CENDERAMATA: Hajiji menyampaikan cenderamata kepada Mohd Razali semasa kunjungan hormat di Menara Kinabalu, hari ini. KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk …

BEKAS POLIS SEDIA BANTU PDRM BENDUNG JENAYAH DI KENINGAU

KENANGAN: Anggi bergambar bersama Erwansyah semasa kunjungan terbabit. KENINGAU: Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) Cawangan Keningau bersedia membantu Polis Diraja …

FELO SMJ TAPAK SEMAIAN KEPIMPINAN MASA DEPAN SABAH: HAJIJI

WATIKAH: Hajiji menyampaikan watikah pelantikan kepada Felo SMJ 5.0 di Dewan Bankuasi Utama, Menara Kinabalu, hari ini. KOTA KINABALU: Program …