JAMBATAN GANTUNG BAHARU BERI MANFAAT PENDUDUK KG TAKUTAN

RANAU (15 April): Penduduk Kampung Takutan kini menarik nafas lega jambatan gantung baharu yang telah siap dibina dan dirasmikan untuk kegunaan aktiviti seharian masyarakat di sekitar kawasan itu.

Jambatan gantung baharu sepanjang 90 meter merentasi Sungai Mokodou di Kampung Takutan itu telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam, hari ini.

Menurut Dr Joachim, jambatan gantung baharu berkenaan telah siap sepenuhnya pada Oktober tahun lalu dan kini, penduduk kampung sudah boleh menggunakannya termasuk untuk aktiviti pertanian.

β€œJambatan gantung ini telah terputus pada tahun 2022 akΔ±bat banjir besar yang berlaku ketika itu menyebabkan penduduk kampung tidak dapat untuk menggunakannya,” katanya ketika ditemui media selepas majlis perasmian jambatan itu.

Hadir sama pada majlis perasmian tersebut ialah Setiausaha Politik kepada Dr. Joachim, Yubidi Gompoyo; Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM), Dounis Sani; Ketua Kampung, Erin Laug; Pengerusi JKKK Parvine Yudin dan kakitangan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) DUN Kundasang.

Secara keseluruhannya, terdapat dua jambatan gantung baharu dibina dan dua lagi yang dibaiki telah siap sepenuhnya.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

Β 

Sumber: Sabah Media

Artikel/Berita Terkini

PENDUDUK BANTAH ‘PROJEK HARAM’ PUSAT PERLINDUNGAN ANJING LIAR

Sebuah pusat perlindungan anjing liar didakwa dibina secara haram oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di tanah rizab kerajaan di …
Maklumat Lanjut

PENIAGA RUGI RM677,000 DIPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD

Seorang peniaga makanan sejuk beku di Nilai mengalami kerugian lebih RM677,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan perniagaan atas talian dipercayai …
Maklumat Lanjut

PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT (CBSM) BERSAMA IPD JELEBU

3 Julai 2025: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bersama Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah …
Maklumat Lanjut